11:21 PM

Ribut tropika bawa angin kencang ke perairan Sabah

2011/05/24
KUALA LUMPUR: Satu ribut tropika dikesan di kedudukan 11.8 utara dan 131.3 timur, 806 kilometer dari Davao, Filipina, pada 2 pagi tadi dan kini bergerak ke arah Barat-Barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).

Menurut kenyataan Jabatan Metereologi, ribut yang berkedudukan 1,595km ke Timur-Timur Laut Sandakan dan 1,618km Lahad Datu, Sabah itu membawa angin kencang dan menyebabkan laut bergelora.
Berikutan keadaan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama.
Ia dijangka membawa angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50km/j ke perairan Sabah (Kudat dan Sandakan), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu bermula Jumaat (27 Mei) hingga Selasa depan (31 Mei).

Keadaan ini, yang menyebabkan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi
laut dan sukan laut. - BERNAMA

0 komentar:

Post a Comment